Pages

Tuesday, June 28, 2011

Terima Hakikat

"Wahai sayangku mengapa membisu engkau membuat hatiku terharu....terharu"...bunyi tepon gua menyanyi menandakan kijer gua sebagai pendengar setia akan bermula.....


Tetapi jiwa gua tersentap seketika kerana abang gua yang menelepon...gua ingatkan awek mane.....hampeh seribu kali hampeh betul.....tapi gua gagahkan semangat untuk mengangkatnya......maka bermulalah diolog sandiwara antara adik dengan abang....


"hello..hello...pottt....peettt...pott....pettt....miauuww....miaauuww...ouwwmm...ouuwwmm...haaiiittt...tuuuiiihhh..... 15 minit kemudian.....ok,nanti aku cari( gua )..beres...


Gua ingatkan ada urusan penting apa sampai tengah malam buta ni dia telepon rupanya dia nak suruh gua carikan jersi Clealshit yang berkualiti, selesa dipakai ,bergaya tapi harganya murah.....memang cerewet tapi sangat gila la.....cerewet dah lebih macam perempuam....nape la dia tak jadi perempuam masa bergelar zigot dulu.....kenapa???!!!


Dia ni tak de la hemsem sangat ,lebih kurang macam ni la muka dia kalu gua lukis :





Dong!!!..........bunyi jam di dinding sebanyak  sekali menandakan lebih kurang 4 jam 43 minit dari waktu itu azan subuh akan berkumandang di seluruh pelusuk sekitar Kuala Lumpur.....


Oleh kerana keletihan dek berbahas dengan abang gua seketika tadi...langkah kaki gua mula menuju ke gua( kamar tidur ) yang permandangan mungkin dah macam kapal pecah, lantas dengan gaya seperti spiderman gua melompat ke atas katil serbaguna gua yang amat disayangi..kenapa serbaguna??..gua cerita len hari


Sedang gua ingin merapatkan mata, secara mendadak jiwa gua  bercelaru kerana timbul persoalan dalam benak fikiran gua "mengapa abang gua tu tak jadi perempuam, nanti dapat la jgak merasa ade kakanda, kan besz".....namun persoalan tinggal persoalan,sebelum soalan itu terjawab gua dah koma untuk ke sekian kalinya.......


2 jam selepasnya......


Gedebukkkk.....!!!...bunyi macam durian luruh( gua jatuh katil )....gua tersentak sambil tersenyum keseorangan kerana terkenangkan mimpi yang ngeri....


Dalam mimpi tuh..gua memperoleh kuasa hikmat yang membolehkan gua menukar benda di sekeliling mengikut kehendak gua....tak tau la kenapa tiba-tiba gua pegi tukar abang gua yang tadi, menjadi perempuam lantas menjadi kakanda sulong gua.


Wajah dia sangat mengerikan.......senang cerita gua lukis la....tulis pepanjang pun kalian tak leh bayangkan jugak....lebih kurang macam ni la, Serammm. :





Dari mimpi ngeri gua tadi, gua ader blajar satu perkara iaitu kita hendaklah bersyukur dengan apa yang ader dan janganla kita mempersoalkan tentang takdir hidup kita sekarang ni...jadi gua terima hakikatnya dengan redo yang gua ni tak der kakak...

Monday, June 27, 2011

Cita-cita Tinggi

Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti jangan lupa hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.


Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…


Cikgu Fery : Yer saya….

Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar minda la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh wafat awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memang tak boleh diduga.


Saturday, June 25, 2011

Gua, silap faham dalam kenangan II

ok...ok...dah tak melalut dah....kita terus melayan sambungan.........Gua, silap faham dalam kenangan I...




Pepatah ada menyatakan 'nak seribu daya tak nak seribu dalih' gua memegang erat pepatah tersebut sambil berfikir cara supaya dia mendongakkan kepalanya, dan masa yang di tunggu-tunggu sudah tiba semasa dia berjalan melintasi gua dengan stylonya gua menyarung beg sekolah dengan tangkas seperti penyelam yang mahu menyarung tangki oksigen mereka. Matlamat gua berbuat demikian supaya dia mendongakkan kepalanya, seperti 'pucuk dicipta ulam mendatang' akhirnya dia mendongakkan kepalanya lantas melihat kearah gua sebelum mengalihkan pandangannya terhadap dua loceng yang berbunyi dengan nyaringnya tergantung pada beg gua. Dalam hati dah mula berbisik "mujur ko berbunyi wahai loceng, tak sia-sia aku galas beg laju-laju" loceng tu memang macam tu kalu buat pergerakan yang perlahan ia susah nk bunyi sebab abang gua cakap loceng tuh orang pakaikan kat harimau untuk memastian harimau selalu berlari dengan laju dan kalu harimau lari laju baru ia berbunyi. Gua dengar macam tak masuk akal tapi gua kena percaya jgak sebab dia abang gua lagipun loceng tuh dia yang bagi sebab dia cakap lembu takut bunyi loceng tuh sebab dia ingatkan harimau nak datang.

Oleh kerana gua ni jenis tak boleh berjalan depan perempuan gua perlahankan langkah dan membiarkan dia berjalan di hadapan. Tetapi gua dapat merasakan dia juga memperlahankan langkahnya seperti ingin berjalan beriringan dengan gua. Seperti yang gua sangkakan tak sampai tiga langkah gua berjalan dia berada betul-betul di sisi gua dan kelihatan dia ingin memberitahu sesuatu kepada gua tetapi macam malu-malu kucing plak, "adakah dia nk cakap dia suka gua", bisik nakal hati gua lagi.  


Tiba-tiba tanpa diduga sewaktu menghampiri pokok bunga raya sebagai bunga kebangsaan negara di persimpangan jalan di hadapan.... dia mula bersuara......


'awk....tadi sy nampak  pintu sangkar terbuka nanti burung keluar'


tapi gua tak dapat tangkap lagi aper maksud dia, oleh kerna ingin melayan sapaan dia dengan hati terbuka wat-wat faham je sambil membidas....


"Oooo....biar dia keluar la awk, sape sruh tak tutup pintu sangkar"...( gua ingat kot-kot ader kaitan dengan burung yang landing atas pagar tadi )...."ni mesti kes pak bun ( tukang kebun ) tak ingat nak tutup pintu mase bagi sarapan kat burung tu la tuh",'tambah gua'.......(lalu di ikuti soalan cepu mas).."masa bila awk tgk sangkar tu terbuka?"


dia tergaman seketika seperti orang hendak membalas mesej awek tetapi ketandusan idea sambil mukanya memandang kearah bertentangan dengan gua......dalam hati kecil gua dah berbisik ayat-ayat poyo berbunyi 'hebat jugak ayat gua sampaikan budak ni tergamak macam kena kejutan eletrik'.....

Gua lihat dia senyum semacam seperti ader makna tersurat dan tersirat je...."syok kat gua ke ape",lagi hati kecil berkata-kata..

Dengan tanpa sebarang petanda, tiba-tiba ditakdirkan pada waktu tu ade angin yang meniup dengan kelajuan sederhana kuat dari arah hadapan, ketika itu budak perempuan tuh dengan spontannya berlari ke arah blok yang berdekatan untuk menyelamatkan diri dan ketrampilannya. Secara tanpa disedari gua terasa nyaman je dalam seluar...seakan-akan ditiup dengan angin simpulan bahasaa.....sambil terpinga-pinga mencari puncanya........Iman gua tergugat apabila memandang kebawah, dan alangkah terkejut beruangnya apabila mendapati zip seluar gua tidak di uruskan dengan baiknya dan permandangan tersebut dicemari dengan unsur 18 SG....

Watak macho yang gua pertahankan dari awal tadi hanya la sia-sia dan gua biarkannya ia hanyut bersama angin yang berlalu setelah retak kerana mendapat pukulan maut yang sedemikian rupa. Gua dengan pantas sambil penuh berhati-hati menarik zip seluar ke atas sambil berlari untuk ke kelas dengan membuat muka tidak bersalah seperti Peter Parker yang terkentut semasa makan malam bersama aweknya.....

Semasa berada di dalam kelas, gua cuba review serta tayang balik dialog perbualan antara gua dengan budak perempuan tadi dengan menitikberatkan dari sudut isi tersirat dan tersurat serta di kaitkan dengan perkara yang menimpa gua seketika tadi...di situ lar gua mendapat satu ilham bercampur perasaan terkejut beruk dan tergeliat cipan untuk ke sekaliannya sambil tangan cuba mematahkan pensil tetapi membatalkan niat tersebut kerana ianya pensil itu milik member sebelah gua.....

Daripada hasil proses review perbualan pendek gua dengan budak perempuan tadi dapat la gua simpulan bahawa budak perempuan tadi telah cuba sedaya upaya untuk memberitahu bahawa zip seluar gua terbuka rupanya.....tapi dia gunakan bahasa kiasan serta bahasa badan yang sukar difahami oleh kanak-kanak sebaya gua ,mungkin kerna gua dop syok sorang-sorang gua xleh nk tangkap apa mesej dia......fakrul betul....memang dia prasan dari permulan cerita lagi lar...tapi gua je yang tak de perasan..patut lar dia macam malu-malu jer nak tak nak tengok kat gua......cuba menjaga pandangan mata daripada membuat dosa rupanya........

Mujur la mase tragedi tuh orang tak ramai lagi, jadi gua selamat untuk tempoh 24 Jam...ni la untung pegi awal ke sekolah tapi tak de gunanya jugak sebab sifat buruk gua yang selalu mengidamkan nama kat kelas tu menyebabkan memakan diri sendiri dan hajat gua selama ini untuk dapat nama dalam kelas termakbul tetapi dengan cara yang lain. Ini kerna budak perempuan tuh memang terkenal dengan sikap mazmumah yang suka bergosip...Untuk hari tersebut gua masih selamat tetapi pada keesokan hari hampir semua budak kelas gua tahu...terpahat nama gua dalam hidup mereka......malu beb tak tau mane nak letak muka.....macam nak operate muka tukar jadi Aeron Aziz je...

Semasa perjalanan balik dari sekolah pada keesokan harinya itu, gua cuba munasabah diri untuk memperbaiki kesilapan gua tanpa memikirkan soal lembu yang riang-ria memanggil nama gua semasa melalui kampung mereka. Bermula daripada hari tersebut gua telah buat keputusan untuk datang ke kelas pada hari seterusnya dengan tidak lagi tergopoh gapah dan selalu cool je untuk memastikan tiada kecacatan berlaku dalam setiap aksi gua dan bagi memperingati hari yang bersejarah tersebut gua telah mencipta satu slogan yang sekarang giat diguna pakai oleh masyarakat kita pada hari ini iaitu....

BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT 

perrgghh,....memang gempak lar tragedi tu, memang menjadi kenangan manis masa sekolah la.....(harap-harap budak-budak tu dah tak ingat crita ni da sekarang ).....


=================================TAMAT===============================

Friday, June 24, 2011

Gua, silap faham dan kenangan I

Bagi mengelakkan kalian menjadi saksi kepada aksi gua melalut sehingga menyebabkan masa gua untuk nyambung cerita 'kenangan' tak berkesempatan lagi. Oleh itu, tanpa melengahkan masa untuk jari jemari gua memulakan tugas mulia mereka lagi, gua ingin nyatakan pada detik ini dengan sekali lagi di saksikan oleh laptop cabuk yang sering menemani gua di kala baterinya belum lemah gumalai lagi untuk menyambung cerita yang gua nyatakan pada entri sebelum ini iaitu kenangan.

Bagi membantu kalian untuk mengambarkan situasi sebenar ketika cerita ni berkumandang...gua sarankan kalian memainkan lagu Penyesalan nyanyian duet M.Nasir & Yuna untuk mencari liputan feeling yang terbaik dengan volume yang bersesuaian dengan saiz speaker supaya dapat mengelakkan anda daripada terasa menyesal jika speaker kalian pecah suaranya.   

Cerita ini yang boleh dikatogerikan sebagai antara kenangan paling manis gua jika merujuk kepada maksud  kenangan manis sendiri pada entri sebelum ini. Kronologi detik-detik manis ini sempat gua ilhamkan dan tercalit pada ingatan jangka panjang gua di saat  bersekolah rendah dulu semasa sama-sama bergelar kanak-kanak riang hiperaktif kerana terlebih gula dalam diet seharian agaknya. Gua membesar bersama teman-teman sepermainan seperti Zuan yang rumahnya terletak betul-betul berhadapan dengan Kedai kopi Yunus, Sulaihi yang tinggal di tepi kanan rumah Zuan  ,Syafi'e yang tinggal di belakang rumah Sulaihi dan tak lupa juga Fatin yang merupakan anak angkat Mak Yah yang tinggal di tepi kanan rumah Sulaihi , iaitu sorang budak yang sering senyum walaupun senyumannya selalu mencacatkan permandangan mata gua dan rakan-rakan lain kerana kehilangan dua puntung gigi hadapan pada bahagian atas dan diserikan lagi dengan saiz gigi taring dia yang kelihatan agak panjang daripada saiz gigi taring kanak-kanak perempuan normal yang sebaya dengannya. ( memang cute la )


( nama-nama yang disebut di atas tidak terlibat lansung dalam jalan cerita ini ,sila abaikan )

Seperti hari-hari persekolahan yang lain pada hari tersebut gua menjalankan rutin harian biasa sebagai seorang pelajar yang nampak pintar dari zahirnya tapi kenyataannya gua adalah antara pemegang rekod paling banyak berjalan itik sambil mengajuk suara ayam pada mata Teacher Hafizah kerna beliau mempunyai hobi yang sangat pelik iaitu selalu menyarankan gua berjalan itik sambil mengajuk suara ayam jikalau tidak membawa buku latihannya ke sekolah. Pada setiap hari persekolahan gua akan cuba sedia upaya untuk tiba di sekolah seawal yang mungkin bagi mendapatkan pujian daripada dari rakan taulan sebagai kata-kata semangat untuk melupakan kisah-kisah silam yang sering bercelaru di benak fikiran yang serabut ini, oleh itu, gua selalu berpesan kepada diri sendiri supaya selalu cepat bersiap untuk ke sekolah supaya lebih awal daripada insan-insan lain yang turut jua cuba bersaing untuk mendapatkan pujian tersebut. Di sebabkan oleh persaingan yang tidak begitu sihat tersebut membuatkan gua selalu tergopoh gapah seperti cacing di goreng hidup-hidup untuk ke sekolah dan sering kali tertinggal buku kat rumah. Jadi jelaslah faktor yang menjadi pemangkin semangat gua untuk terus menjadi pemegang rekod mangsa kerakusan Teachers Hafizah.

Tragedi dimana dikatakan kenangan manis itu berlaku adalah semasa gua baru saje tiba ke destinasi pada waktu seperti hari semalam dan selamat  memparking unta kesayangan gua yang berekor labuh berlabel GT di satu sudut dengan keadaan kepala mengadap kiblat. Di situ gua lihat tempat tersebut mempunyai permandangan yang suram kerana sinaran cahaya matahari yang memancar dihalang oleh tiga laras pelepah kelapa sawit seakan-akan adik beradik kembar yang berjanji untuk sehidup semati kerana sudah nak menyembah bumi tidak lama lagi. Gua mengalihkan pandangan mata sepek gua kerana tak tahan silau cahaya matahari yang terbias dari pokok kelapa sawit tersebut kepada seat belakang unta tunggangan gua sambil mengepit kedua bibir mulut bagi melembabkannya kerana terasa melekit dek kerana sarapan pagi minum air milo suam yang Kaaww...

Gua berdiri di sebelah sisi kanan pada bahagian belakang unta sambil membuang tali getah berwana hijau yang mempunyai pencangkuk pada kedua-dua hujungnya yang setia bersangkut dengan bahagian rod besi seat belakang unta gua, lalu terus gua gulung-gulung tali tersebut dengan manja dan memasukkannya ke dalam poket yang terdapat pada sisi beg sekolah tanpa menoleh kanan dan kiri sambil control macho ala-ala Nasir Bilal Khan gitu, kerana gua mengesan terdapat bau seakan minyak wangi malaikat subuh yang sering digunakan oleh budak perempuan yang menjaga ketrampilannya sebagai pelajar contoh di sekolah.


Selepas mengira arah kelajuan angin gua meramalkan budak tersebut berada pada kejauhan kira-kira 7 meter 4 kaki dari arah barat daya dan sedang mengambil sesuatu seakan-akan kotak pensil  dalam bonet depan untanya. Ketika gua memejamkan mata sambil dua jari kiri diletakkan pada bahagian dahi untuk mengumpulkan tenaga seperti dilakukan oleh 'Goku' semasa dia mahu membaca fikiran musuhnya kerana merahsiakan tempat persembunyian ketuanya daripada pengetahuannya tanpa menggunakan kata-kata pujangga dan bahasa badan,  firasat gua cukup kuat mengatakan bahawa budak perempuan tersebut curi-curi menjeling gua tanpa gua sedari. Tambahan lagi firasat gua juga mengatakan bahawa dia menjeling gua lebih daripada sekali dan gelagatnya tak ubah seperti sedang melihat objek yang jauh tapi memZoomkannya secara semula jadi dengan mata disepetkan dan kepala di dongak sedikit ke arah hadapan sambil merapatkan jarak antara bulu kening kanan dan kiri. Nampaknya sangkaan firasat gua mengena, memang betul dia sedang perhatikan gua sebaik saja gua menoleh kearahnya, dia melontarkan satu senyuman yang manis yang lansung tak sama seperti senyuman Fatin dan dengan pantas dia mengalihkan pandangan kearah seekor burung yang landing di atas pagar sekolah. "malu la tu",'bisik hati gua'. Melihat senyumanya sebentar tadi terasa bagai indahnya dunia ni dan bagai mendapat cinta pandang pertama jer seperti drama Rosalinda yang gua tengok kat telebisyen.


Hati kecil mula berkata, "mungkin kerana gaya rambut gua pada hari ni yang menarik kerana berbeza daripada hari-hari lain telah mencuri tumpuan dia jadi untuk menjeling gua" . Ini diperkukuhkan lagi kerana pada hari tersebut gua memakai minyak rambut abang gua berjenama 'TENCO' yang memberikan kelebihan kepada gua untuk memacakkan rambut seakan bintang pujaan gua pada masa itu 'ZAIBO' kerana sifat minyak rambut tersebut amat terkenal kerana boleh membuatkan rambut kelihatan anggun serta mempunyai aroma bau yang mampu menarik perhatian budak perempuan di persekitaran untuk mendapingi si pemakainya. Berbalik kepada kisah tali getah yang dimasukkan ke dalam sisi beg tadi sebenarnya tali getah tu gua gunakan untuk menahan beg sekolah gua daripada hilang keseimbangan ketika gua memecut unta tunggangan gua dengan laju sambil menghasilkan bunyi seakan-akan kereta F1 dengan meniup bahagian kulit yang timbul diantara jari ibu dan jari telunjuk apabila kedua jari tersebut dijarakkan sebanyak 90 darjah yang membentuk seakan-akan huruf 'L' takkala melalui sebuah kawasan yang agak menyeramkan bagi gua kerana ia dipenuhi dengan makhluk yang menggelarkan dirinya sebagai 'lembu' ( takut lembu gua rupanya ).


Semasa hendak mengankat beg sekolah gua yang tertera logo salah satu parti politik yang wujud di Malaysia dibahagian belakangnya dengan tulisan jawi,  gua mendapati budak perempuam tersebut dengan perlahan sudah berjalan untuk meninggalkan tempat parking dan gua juga perlu menggunakan jalan yang sama dengannya untuk keluar. Oleh kerna kedudukan gua yang strategik yang membuatkan nak tak nak budak perempuan tersebut hendaklah melalui hadapan gua untuk keluar dari situ, gua dengan perasaan sengajanye melambatkan pergerakkan untuk menggalas beg sekolah dengan posisi tubuh gua menghadap kearah budak perempuam tersebut dengan harapan dapat melihat raut wajahnya dengan lebih dekat. Namun apa yang kita rancang selalunya tidak semua mengikut kehendak, gua dapati perempuan tersebut berjalan sambil kepala menunduk ke bumi seakan-akan tidak mahu memandang keindahan alam di sekeliling, tersentap jugak perasaan romantis gua kerana hati kecil dah mula berbisik "adakah tadi gua cuma syok sendiri" dan "dia hanya berpura-pura menyukai gua".......................


maaf bateri low....


==============================BERSAMBUNG=========================

Thursday, June 23, 2011

gua dan kenangan.

Sebut je pasal kenangan ni gua percaye la kalu gua tanyer kalian pun mesti berekar-ekar tanah kalian bagitau kan ( ngaku je la). Cakap pasal kenangan ni secara outomatiknya tanpa memikirkan soal masa hadapan serta orang sekeliling mesti kalian akan terbayangkan kenangan manis dan kenangan pahit. Gua berani kerat kuku la kalau korang tak terfikirkan sedemikian ( betul tak ).


Ooooyee.....sebut pasal kenangan ni, gua baru teringat tapi tak berapa nak ingat sangat lar samada tokoh tempatan atau tokoh oversea yang cakap yang pasti dia cakap macam ni la "Kehidupan kita pada hari ini tidak akan bermakna tanpa kenangan masa dulu" lebih kurang macam tu la dia cakap ( kalu salah gua peduli ape kan bukan ade tanyer dalam soalan peperiksaan pun kan ). Mesti kalian tertanya-tanyakan  aper motif gua buat entri yang sedemikian rupa kan, ala macam kita tengok bil lektrik tuh mesti kita nak tau berape caj bulan tersebut kan, kot-kot bil tak sampai 20RM, jadi tak yah bayar kan? sebab hari tuh kerajaan dah janji macam tuh dengan niat baik  ingin melatih kalian jimat cermat dalam penggunaan letrik walhal ingin pancing undi semata-mata, tapi tu dulu sekarang ni kerajaan dah tarik balik da, dia buat gitu dulu sebab dorang ingat kalian semua ni tak pandai nak jimat cermat guna lektrik punye ,so, dorang membuat ramalan selepas mencerap anak bulan dan mengira peratusan taik bintang yang gugur dalam sebulan serta tak lupa juga menggunakan khidmat bomoh no.ekor tempatan, bil eletrik kalian semua sah-sah akan melebihi 20RM setiap bulan tapi..tup...tup....lain plak citernye..kalian menyahut cabaran slogan MALAYSIA BOLEH!! yang sebelum ini hanya dianggap sebagai mentera sakti untuk mengubati kanak-kanak kencing malam  semata-mata dengan mengangap senario tersebut seperti pertandingan mengisi air ke dalam botol kicap cap kipas udang adilla.


Akhirnya kalian dengan rakusnya menggunakan strategi umat zaman batu dengan menjual semua perkakasan letrik dirumah dan menggunakan cara tradisional seperti menukar mesin blender kepada lesung beliung, lampu kepada pelita ayam kampung serta korang menonton wayang kulit untuk menggantikan telebisen di waktu lapang, maka hasilnya bil lektrik bulanan kalian tak mencecah takat 20RM pun, jadi periuk nasik mereka terganggu untuk seketika waktu dek kerna kalian  telah berjaya dengan jayanya menyahut cabaran tersebut dengan memenangi hadiah bil lektrik percuma setiap bulan .... jadi tarak masyuk la dorang bro.....maka di kesempatan ini gua nak buat pesanan ringkas kepada penganjur pertandingan "bil letrik free jika bawah 20", JANGAN GUNA PERKATAAN PERCUMA KERANA KAMI RAKYAT MALAYSIA SANGAT TERUJA MENDENGARNYA. Dengar khabar sekarang mereka dah naikkan takrif lektrik dan mengharamkan pertandingan tersebut supaya dapat menampung kerugian yang dialami.........Wallah...Hua'lam


Oppp....cukup-cukup.....jauh benor meleret nih....


Sebenarnya gua nak cakap kenangan masa pegi temuduga je sebenarnya tapi gua bercerita pasal bil lektrik plak sampai tak ingat korang ni dah lame tunggu ,ok.ok..sorry..citer ni pasal first time gua pegi interbiu tu orang putih cakap orang melayu cakap temuduga( bertemu dan menduga )...nak jadikan cerita maser temuduga tersebut dalam proses ( gua potong babak gua naik kuda ke sana )  ape punya ciplos la penemuduga tu ader ke  patut dia tanye soalan cepu mas lak selepas soalan-soalan sebelum ni gua jawab dengan tenang je macam iman penuh di dada gitu. Soalannya berbunyi macam ni lebih kurang :


PENEMUDUGA : Syabas!!...anda dapat menjawab semua soalan dengan baiknya, soalan paling
                             akhir..apakah kenangan manis dan pahit anda setakat jangka hayat anda untuk sekarang ni...


kedengaran agak kurang ajar di situ,"hati kecil gua berbisik" dengan penuh jitunya dan lebih selamba dari badak agaknya tanpa memikirkan tentang unsur kurang ajar tersebut dan soal periuk nasi serta tanpa segan silu gua jawab.


  GUA  : tiada yang pahit melainkan yang manis semata-mata . ( pendek tapi membawa tak  
              sampai seribu erti pun )


masa tuh penemuduga tu dah garu kepala beliau yang agak licin dah macam sejenis spesis tu dah gua tgk (gua tau korang mesti tau ape spesis tu)


kerana dek kesian melihat kerenah beliau yang blur semacam je gua pun explain la kenapa gua cakap gitu....( tarik nafas kejap )....Gua pun bercerita la kepada beliau..poomm..paammm...pommm..pammm....gua tanye beliau balik masa tuan kecik-kecik dulu penah tak tuan jatuh dari pokok, terpijak periuk yang  berapi atau seangkatan dengannya ( macam gua lak nk temuduga dia ).


Beliau sambil senyum nipis sambil menjawab 'mungkin' ( malu la kononnya ), gua cakap itu la kenangan manis bagi tuan kerana ianya akan menjadi berharga kepada tuan apabila kejadian tersebut telah lama diperam serta di jeruk seumpama petrolium dan berlian yang terjadi daripada bangkai-bangkai dinasour yang terbujur di dalam perut bumi. Hanya semasa dinasour mankat saje yang menjadi kenangan pahit tetapi apabila sudah lama ianya akan menjadi berlian atau mungkin akan diadaptasi sebagai cerita  penglipur lara seperti cerita Ice Age,Dinousouruss dan Spiderman.


Korang dapat related tak cerita pendek yang gua sampaikan tu dengan pengalaman manis (kalu tak bleh nak paham lagi sia-sia je gua tulis panjang-panjang ni ). Senang cerita macam ni la, jadi daripada cerita gua tadi dapatlah kita simpulan bahasakan bahawa setiap perkara yang terjadi pada masa dulu yang korang kategorikan sebagai kenangan pahit tu sebenarnya kenangan manis korang. ( tak paham lagi ker ) ok..ok...contohnya mase kecik dulu korang penah kena pukul oleh cikgu sebab tak buat kijer sekolah, mase tuh memang la jadi pahit sebab...malu dowwhh...kene pukul depan budak perempuan pulak  tu tapi sepuluh tahun kemudian cuba korang ingat balik tragedi tersebut....manis dude...betul tak?


( cer flashback).


Harap-harap korang dapat faham apa yang gua cuba sampaikan kerana gua dah letih nak explain lagi, sebenarnya dari tadi lagi gua cuba nak selitkan dan ketengahkan kenangan gua pada korang tapi....tup..tup... cerita bil lektrik dan dinasour jgak yang keluar, memang lari la kepala ( tajuk ) dengan badannya ( isi )... ni la orang 'muda' selalu cakap "plan lain tapi hasilnya lain".Mesti korang pelik mengapa gua kata orang muda yang cakap peribahasa ni dan bukannya orang tua macam selalu-selalu korang dengar sebelum ni kan?( start melalut lagi ) Jawapannya terletak pada perkataan 'plan' tu sendiri. Jangan terkejut dengan berkata HAH!! sambil mengankat kening lagi...sabar....sabar...ini kerana orang tua dulu-dulu tak guna pun perkataan 'plan' tu dorang guna perkataan lain seperti 'rangka' atau 'lakaran' sebab pada zaman mereka belum ada ahli pencipta bahasa negara  yang menerima hidayah untuk menggunakan perkataan 'plan' dalam bahasa seharian  mereka mungkin perkataan 'plan' kurang sesuai pada era pendekar  mereka dengan menggayakan keris dipinggan dan seluar singkat.


Jadi kesimpulannya, tak sempat la gua nak cerita pasal kenangan gua tu memandangkan keadaan bateri laptop gua tak mengizinkan untuk menyalurkan tenaganya ,memang kacau proses perkembangan otak betul la..baru je syok nak mengarang, memang la niat di hati nak pegi cas tapi baru teringat 7 jam setengah yang lepas member gua pinjam charger gua (alasan ),katanya wayar chargernye putus digigit tikus ( tu la slalu amal main laptop dalam longkang kumbahan ) dan dia kata charger gua mempunyai chemistry yang tinggi dengan laptopnya...nak tak nak gua kena bagi juga la sebab nak jaga hati bakal abang ipar ( adik dia cun bebb )....gua sambung lain kali yer.......

Wednesday, June 22, 2011

gua dan dunia bloging


gua dah lama dah sebenarnya nak buat blog peribadi ni, nawaitu untuk gua melahirkan blog sendiri ni sudah lama terpendam dalam otak gua tapi mungkin disebabkan kerana mengejar kehidupan di dunia alam fana ini niat gua untuk membuat atau dengan kata yang lain mewujudkan blog sendiri ni terkubur dengan keghairahan untuk mengejar dunia yang penuh dengan tipu daya serta muslihat yang dapat membuatkan kita hanyut pukul oleh ombak kemodenan pada mutahir ini.....perrggghh...apa gua dop mengarut nih.....;.jadi pada hari ini ,disaksikan laptop cabuk yang dibeli dari member gua dengan bayar ansuran sebayak empat kali(maklumlah orang miskin katakan) gua gagahkan jugak keringat untuk menekan butang-butang keyboard untuk membuat entri pertama ni berbekalkan buah fikiran yang tak berapa matang serta menjadi ini( kalu tak mula langkah pertama entah bila la blog ni nak berfungsi kan...kan...kan). tak tau lah macam mana pada malam ni boleh hidayah pulak untuk membuat entri pertama(blog ni dah lama buat tp tak update je) mungkin kerana mood untuk berbloging sudah sampai dengan selamatnya setelah berbulan-bulan terkandas dalam perjalanan dek kerana selalu memperajakan mood malas gua yang tergila amat sangat sekali mungkin(senyum nipis)......maka dengan ini setelah mendapat izin daripada mereka yang berkaitan mungkin ya atau tidak gua merasmikan blog gua dengan lafaz Bismillahirohmanirohim dengan rasminya wujud dalam alam bloging.....jadi tunggulah entri seturusnya dari gua........