Pages

Friday, June 24, 2011

Gua, silap faham dan kenangan I

Bagi mengelakkan kalian menjadi saksi kepada aksi gua melalut sehingga menyebabkan masa gua untuk nyambung cerita 'kenangan' tak berkesempatan lagi. Oleh itu, tanpa melengahkan masa untuk jari jemari gua memulakan tugas mulia mereka lagi, gua ingin nyatakan pada detik ini dengan sekali lagi di saksikan oleh laptop cabuk yang sering menemani gua di kala baterinya belum lemah gumalai lagi untuk menyambung cerita yang gua nyatakan pada entri sebelum ini iaitu kenangan.

Bagi membantu kalian untuk mengambarkan situasi sebenar ketika cerita ni berkumandang...gua sarankan kalian memainkan lagu Penyesalan nyanyian duet M.Nasir & Yuna untuk mencari liputan feeling yang terbaik dengan volume yang bersesuaian dengan saiz speaker supaya dapat mengelakkan anda daripada terasa menyesal jika speaker kalian pecah suaranya.   

Cerita ini yang boleh dikatogerikan sebagai antara kenangan paling manis gua jika merujuk kepada maksud  kenangan manis sendiri pada entri sebelum ini. Kronologi detik-detik manis ini sempat gua ilhamkan dan tercalit pada ingatan jangka panjang gua di saat  bersekolah rendah dulu semasa sama-sama bergelar kanak-kanak riang hiperaktif kerana terlebih gula dalam diet seharian agaknya. Gua membesar bersama teman-teman sepermainan seperti Zuan yang rumahnya terletak betul-betul berhadapan dengan Kedai kopi Yunus, Sulaihi yang tinggal di tepi kanan rumah Zuan  ,Syafi'e yang tinggal di belakang rumah Sulaihi dan tak lupa juga Fatin yang merupakan anak angkat Mak Yah yang tinggal di tepi kanan rumah Sulaihi , iaitu sorang budak yang sering senyum walaupun senyumannya selalu mencacatkan permandangan mata gua dan rakan-rakan lain kerana kehilangan dua puntung gigi hadapan pada bahagian atas dan diserikan lagi dengan saiz gigi taring dia yang kelihatan agak panjang daripada saiz gigi taring kanak-kanak perempuan normal yang sebaya dengannya. ( memang cute la )


( nama-nama yang disebut di atas tidak terlibat lansung dalam jalan cerita ini ,sila abaikan )

Seperti hari-hari persekolahan yang lain pada hari tersebut gua menjalankan rutin harian biasa sebagai seorang pelajar yang nampak pintar dari zahirnya tapi kenyataannya gua adalah antara pemegang rekod paling banyak berjalan itik sambil mengajuk suara ayam pada mata Teacher Hafizah kerna beliau mempunyai hobi yang sangat pelik iaitu selalu menyarankan gua berjalan itik sambil mengajuk suara ayam jikalau tidak membawa buku latihannya ke sekolah. Pada setiap hari persekolahan gua akan cuba sedia upaya untuk tiba di sekolah seawal yang mungkin bagi mendapatkan pujian daripada dari rakan taulan sebagai kata-kata semangat untuk melupakan kisah-kisah silam yang sering bercelaru di benak fikiran yang serabut ini, oleh itu, gua selalu berpesan kepada diri sendiri supaya selalu cepat bersiap untuk ke sekolah supaya lebih awal daripada insan-insan lain yang turut jua cuba bersaing untuk mendapatkan pujian tersebut. Di sebabkan oleh persaingan yang tidak begitu sihat tersebut membuatkan gua selalu tergopoh gapah seperti cacing di goreng hidup-hidup untuk ke sekolah dan sering kali tertinggal buku kat rumah. Jadi jelaslah faktor yang menjadi pemangkin semangat gua untuk terus menjadi pemegang rekod mangsa kerakusan Teachers Hafizah.

Tragedi dimana dikatakan kenangan manis itu berlaku adalah semasa gua baru saje tiba ke destinasi pada waktu seperti hari semalam dan selamat  memparking unta kesayangan gua yang berekor labuh berlabel GT di satu sudut dengan keadaan kepala mengadap kiblat. Di situ gua lihat tempat tersebut mempunyai permandangan yang suram kerana sinaran cahaya matahari yang memancar dihalang oleh tiga laras pelepah kelapa sawit seakan-akan adik beradik kembar yang berjanji untuk sehidup semati kerana sudah nak menyembah bumi tidak lama lagi. Gua mengalihkan pandangan mata sepek gua kerana tak tahan silau cahaya matahari yang terbias dari pokok kelapa sawit tersebut kepada seat belakang unta tunggangan gua sambil mengepit kedua bibir mulut bagi melembabkannya kerana terasa melekit dek kerana sarapan pagi minum air milo suam yang Kaaww...

Gua berdiri di sebelah sisi kanan pada bahagian belakang unta sambil membuang tali getah berwana hijau yang mempunyai pencangkuk pada kedua-dua hujungnya yang setia bersangkut dengan bahagian rod besi seat belakang unta gua, lalu terus gua gulung-gulung tali tersebut dengan manja dan memasukkannya ke dalam poket yang terdapat pada sisi beg sekolah tanpa menoleh kanan dan kiri sambil control macho ala-ala Nasir Bilal Khan gitu, kerana gua mengesan terdapat bau seakan minyak wangi malaikat subuh yang sering digunakan oleh budak perempuan yang menjaga ketrampilannya sebagai pelajar contoh di sekolah.


Selepas mengira arah kelajuan angin gua meramalkan budak tersebut berada pada kejauhan kira-kira 7 meter 4 kaki dari arah barat daya dan sedang mengambil sesuatu seakan-akan kotak pensil  dalam bonet depan untanya. Ketika gua memejamkan mata sambil dua jari kiri diletakkan pada bahagian dahi untuk mengumpulkan tenaga seperti dilakukan oleh 'Goku' semasa dia mahu membaca fikiran musuhnya kerana merahsiakan tempat persembunyian ketuanya daripada pengetahuannya tanpa menggunakan kata-kata pujangga dan bahasa badan,  firasat gua cukup kuat mengatakan bahawa budak perempuan tersebut curi-curi menjeling gua tanpa gua sedari. Tambahan lagi firasat gua juga mengatakan bahawa dia menjeling gua lebih daripada sekali dan gelagatnya tak ubah seperti sedang melihat objek yang jauh tapi memZoomkannya secara semula jadi dengan mata disepetkan dan kepala di dongak sedikit ke arah hadapan sambil merapatkan jarak antara bulu kening kanan dan kiri. Nampaknya sangkaan firasat gua mengena, memang betul dia sedang perhatikan gua sebaik saja gua menoleh kearahnya, dia melontarkan satu senyuman yang manis yang lansung tak sama seperti senyuman Fatin dan dengan pantas dia mengalihkan pandangan kearah seekor burung yang landing di atas pagar sekolah. "malu la tu",'bisik hati gua'. Melihat senyumanya sebentar tadi terasa bagai indahnya dunia ni dan bagai mendapat cinta pandang pertama jer seperti drama Rosalinda yang gua tengok kat telebisyen.


Hati kecil mula berkata, "mungkin kerana gaya rambut gua pada hari ni yang menarik kerana berbeza daripada hari-hari lain telah mencuri tumpuan dia jadi untuk menjeling gua" . Ini diperkukuhkan lagi kerana pada hari tersebut gua memakai minyak rambut abang gua berjenama 'TENCO' yang memberikan kelebihan kepada gua untuk memacakkan rambut seakan bintang pujaan gua pada masa itu 'ZAIBO' kerana sifat minyak rambut tersebut amat terkenal kerana boleh membuatkan rambut kelihatan anggun serta mempunyai aroma bau yang mampu menarik perhatian budak perempuan di persekitaran untuk mendapingi si pemakainya. Berbalik kepada kisah tali getah yang dimasukkan ke dalam sisi beg tadi sebenarnya tali getah tu gua gunakan untuk menahan beg sekolah gua daripada hilang keseimbangan ketika gua memecut unta tunggangan gua dengan laju sambil menghasilkan bunyi seakan-akan kereta F1 dengan meniup bahagian kulit yang timbul diantara jari ibu dan jari telunjuk apabila kedua jari tersebut dijarakkan sebanyak 90 darjah yang membentuk seakan-akan huruf 'L' takkala melalui sebuah kawasan yang agak menyeramkan bagi gua kerana ia dipenuhi dengan makhluk yang menggelarkan dirinya sebagai 'lembu' ( takut lembu gua rupanya ).


Semasa hendak mengankat beg sekolah gua yang tertera logo salah satu parti politik yang wujud di Malaysia dibahagian belakangnya dengan tulisan jawi,  gua mendapati budak perempuam tersebut dengan perlahan sudah berjalan untuk meninggalkan tempat parking dan gua juga perlu menggunakan jalan yang sama dengannya untuk keluar. Oleh kerna kedudukan gua yang strategik yang membuatkan nak tak nak budak perempuan tersebut hendaklah melalui hadapan gua untuk keluar dari situ, gua dengan perasaan sengajanye melambatkan pergerakkan untuk menggalas beg sekolah dengan posisi tubuh gua menghadap kearah budak perempuam tersebut dengan harapan dapat melihat raut wajahnya dengan lebih dekat. Namun apa yang kita rancang selalunya tidak semua mengikut kehendak, gua dapati perempuan tersebut berjalan sambil kepala menunduk ke bumi seakan-akan tidak mahu memandang keindahan alam di sekeliling, tersentap jugak perasaan romantis gua kerana hati kecil dah mula berbisik "adakah tadi gua cuma syok sendiri" dan "dia hanya berpura-pura menyukai gua".......................


maaf bateri low....


==============================BERSAMBUNG=========================

No comments:

Post a Comment