Pages

Sunday, July 24, 2011

Ini KL punya crita

Dah lame gua x update blog ni.....pada kalian smua jangan pikir bukan-bukan pasal kehilangan gua untuk waktu tersebut...(pesanan dari penaja : jgn cakap2 blakang,jgn pandai2 ckp,jgn ckap tanpa periksa, jgn pandai2..pendek kata jgn sekali-kali buat andaian tanpa usul periksa)...

Cerita gua ni agak berkaitan dengan cerita yang mencatat kutipan lebih dari 11 juta dan skali gus memecah rekod tayangan cerita yang memungut kutipan 10 juta sebelum ni, tau x cerita aper???...tetapi dalam cerita gua ni ianya x punya kaitan secara lansung pun kerna bkan gua nk cerita gua ader blakon dlam cerita tu...x sama sekali....

Kisah ini bermula apabila seorang sahabat gua mengetuk pintu bilik gua....

tuk...tukk....tuk.....tuk....

dia  : salamualaikum......

gua : alaikumusale.....masuk la xmalu gak....

dia  : bai...jom kuar tgk wayang...

gua : bkan xnk la bro...tp faktor ekonomi xmengizinkan....( sambil tunjuk muka
        kesian)
dia  : 000oooo.....ok..oleh sbb ko ader kak yg cun mlm ni aku payung.........

gua : (mata bersinar seperti mendapat sinar hidayah)...ala...menyusahkan ko    
        lak puji kak aku sbb nk ajak aku kluar....tp xper demi member aku
         sanggup kluar.....( dalam hati jgn harap la ko nk dapat kak aku)


Tanpa membuang masa gua pom merempit la bersama beliau menuju tempat yang dituju sambil menyanyi lagu-lagu rakyat..

Sampai je ke tempat yang dituju gua lekas-lekas bergerak ke kaunter tiket untuk mengusha akak2 yang jual tiket wayang, ader dua org akak kesemuanya...maka bermula la dialog yang tragis...

gua : Assalam....kak kdai bukak lg ke x

kak : Yes sir can i help u...

gua : (dlm hati pokemon betul  la kak ni...dah la xjwab salam...xlayan gua plak
        tuh...pastu ckap omputih plak dah)...kak salam wajib dijwab..sy org
        melayu kak bkan oram putis..harap maklum..

kak : ok...waalaikumussalam..bleh sy bantu cik abg syg....

gua : (pergghh ayt dia buat gua layu dihujung mekar betul la)...xnk sruh bantu
        pom kak sy cuma nk bli tiket jer...

member gua dah gelak-gelak kecil dah dan akak sebelah tuh dah jeling-menjeling semacam jer...

kak : memang tempat jual tiket la ni abg oii..(mata tengok atas)

gua : (tanpa segan silu gua ckap) kak kasi sy tiket KL SENTRAL dua bijik

kak : 0ooo...nk tiket kl sentral yer....abg p stesen hang tuah kat saner tuh
        then p kalu abg ader duit syiling,boleh beli guna mesin sbelah kiri, kalu
        xder boleh beli kat kaunter.......

Selepas mendengar jawapan kakak yang panjang lebar tuh,baru gua perasaan gua silap sebut td.....sptutnya KL GANGSTER bkan KL SENTRAL....ayoyo....malu sajer....


Mase tuh member gua dah gelak-gelak besar dah...siap bersembur-sembur lagi dan kakak yang sorang lagi pom gelak sama-sama siap hentak-hentak meja lagi...suasana yang riuh macam kena nombor ekor jer....dengan perasaan yang menahan marah dan malu..cepat gua ckap maksud sy tiket KL Gangster....
 
Lepas dapat tiket gua terus bergerak ke tempat tayangan tanpa menghiraukan akak-akak tadi...malu beb..mjur masa tuh xder orang....kalu tak malu nama baik kampung gua....


P/s : akak-akak kaunter zaman sekarang memang xbleh diduga..

Wednesday, July 6, 2011

Dunia Penuh Tipu Daya

Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS di Malaysia ini berikutan dengan faktor-faktor kesihatan. Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini. Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang
segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yang sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.

Adakah kerajaan Malaysia takut akan hal ini. Yang dulu begitu marah terhadap Singapura yang memberhentikan 2 orang murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja. Sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMkan pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa-apa dengan isu ini. Ini kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di Malaysia. Bagaimana pula dengan Pak Lah yang selalu menjadi Imam di masjid-masjid, adakah beliau juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. Jadi bagaimana seorang Imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama Islam. Kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam wajib memakai tudung.

Isu ini sengaja tidak digembar-gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah..

Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah
menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:- 1)TUDUNG SAJI 2)TUDUNG PERIUK 3)TUDUNG TERMOS 4)TUDUNG CAT dan berbagai-bagai jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian....





p/s : masuk ngan tajuk tak...mmg kalian kene tipu pom..